World Vaping Day

The global celebration of electronic cigarette use

Hari Vaping Sedunia – MY

hari vaping seduniaSempena “HARI VAPING SEDUNIA” yang julung kali diadakan pada tarikh rasminya iaitu 22hb Mac 2012 bersama CASAA (Consumer Advocates For Smoke-Free Alternatives Association), kami bagi pihak Gengsi Vapor Malaya(GVM) dan vaper-vaper di Malaysia ingin menjemput perokok-perokok tembakau untuk menyertai dan bersama kami dalam usaha untuk berhenti atau setidak-tidaknya mengurang pengambilan rokok (tembakau) yang ditahu pasti membahayakan kesihatan dan punca kematian kepada cara baru atau trend baru dalam merokok yang jauh lebih selamat iaitu Rokok Eletronik (E-Cigarette).

Ketagihan merokok adalah satu tabiat yang amat sukar untuk ditinggalkan. Dalam usaha untuk berhenti daripada merokok (tembakau), fokus selalunya diberi pada pembebasan dari pengantungan pada nikotin, berbillion-billion telah dibelanjakan untuk produk pemberhentian nikotin yang mana hasilnya ialah kadar mereka yang berhenti merokok amat rendah. Gam Nikotin, lozenges dan pelekat nikotin yang memerlukan berbagai pantang larang dalam penggunaannya; pil-pil yang bertujuan untuk memberi rasa yang tidak menyenangkan semasa merokok kepada perokok sama sekali mengenepikan aspek sosial dan tingkah laku yang kebanyakan perokok menyukainya dan tidak berhajat untuk meninggalkan aspek tersebut. Sudah menjadi impian kepada perokok-perokok untuk berhenti merokok. Sebenarnya, kebanyakan perokok-perokok menyedari bahawa mereka sewajarnya patut berhenti merokok (tembakau). Oleh yang demikian, bukan setakat produk-produk tersebut gagal dalam membantu perokok-perokok daripada berhenti, malah perokok-perokok yang berhajat untuk bebas daripada pengantungan pada nikotin – mereka telah diketepikan oleh berjuta-juta perokok yang seronok menikmati rokok atas tujuan yang lebih jauh dari sekadar penggunaan nikotin. Penggunaan Rokok Eletronik atau ‘Vaping’ bertujuan untuk memberi keperluan kepada perokok-perokok dalam pelbagai peringkat, daripada sekadar memberi fokus pada nikotin.

Rokok Eletronik bukan bertujuan untuk digunakan sebagai produk pemberhentian nikotin. Iannya bertujuan untuk mengantikan rokok tembakau dengan menyediakan pelbagai pilihan sumber nikotin dan meniru perlakuan biasa yang berkaitan dengan merokok, dengan itu pengabungan ini memberi rasa seakan merokok sekaligus mengurangkan kerisauan terhadapan bahaya kesihatan akibat dari merokok tembakau. Dengan mengabungkan elemen merokok tetapi tidak memerlukan pengguna berhenti dari tabiat atau tingkahlaku merokok dan nikotin, rokok eletronik telah menunjukkan bahawa ianya merupakan produk yang mampu dengan jayanya sebagai produk pengurangan bahaya daripada tembakau.

Bertentangan dengan apa yang anda telah dengar, rokok eletronik telahpun diteliti, dikaji dan diuji; termasuk kajian keatas penyampaian nikotin, ketoksikan, karsinogen, keberkesanan sebagai pemberhentian merokok dan kandungan nikotin. Walaupun ianya telah diketahui umum bahawa mutu pengilangan perlu diwujudkan, malah telah tersebar luas dan analisis yang tidak tepat oleh pihak FDA mendapati bahawa rokok eletronik telah diuji dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia toksid atau karsinogen pada tahap yang membahaya. Kebanyakan pakar perubatan dan pakar kesihatan awam bersetuju (atau sekurang-kurannya tidak menafikan) bahawa wap yang dikeluarkan oleh rokok eletronik, antaranya mengandungi air, propylene glycol, gliserin, perasa tiruan dan nikotin, tidak akan menghasilkan apa-apa tahap membahaya bahan kimia dan karsinogen yang mana boleh didapati pada rokok tradisional. Oleh itu, walaupun kita tidak dapat menjamin bahawa rokok eletronik ini selamat 100%, adalah sukar bagi sesiapa untuk membantah bahawa ‘vapor’ sememangnya lebih selamat dari merokok. Oleh yang demikian, CASAA merasa yakin mengesyorkan rokok eletronik sebagai alternatif yang boleh diterima kepada perokok yang ingin mengurangkan atau menghapuskan pendedahan asap rokok.

Ambillah peluang untuk terlibat dalam “HARI VAPING SEDUNIA” yang akan diadakan di Malaysia (tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian). Jika anda seorang perokok dan belum mencuba rokok eletronik lagi, pelbagai jenama dan peringkat harga boleh didapati di internet atau cari di Facebook – Gengsi Vapor Malaya (GVM) dimana terdapat ramai penjual didalam kumpulan tersebut. Bagi mereka yang sudah berjinak dan ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang e-rokok ini, layari GVM di Facebook atau ke laman khas GVM Forum di www.GengsiVapersMalaya.net , daftar dan ‘post’ apa-apa yang berkaitan dengan e-rokok, kami di GVM amat mengalu-alu sokongan anda.
Sertai kami pada “HARI VAPING SEDUNIA” . Biar dunia tahu kita adalah ‘Vaper’ bukan ‘Smoker’.

Terima Kasih. – gvmalaya@groups.facebook.com